BUFFET MAKAN MALAM HARI MINGGU DI DEWAN ANJUNG ISDA ~ ISDA Catering & Wedding Planner (LLP0009189-LGN)

Wednesday 16 October 2024

BUFFET MAKAN MALAM HARI MINGGU DI DEWAN ANJUNG ISDA

08:33 , , 0 comments

 Buffet Malam Minggu ISDA khas untuk pelancong ke Negeri Melaka.


Buffet Makan Malam Hari Minggu ISDA ini kami buat khas untuk para pelancong yang datang ke negeri Melaka secara berkumpulan.

Tempat mereka tinggal seperti homestay atau hotel tidak menyediakan Buffet Makan Malam, jadi, mereka perlu mencari alternatif untuk makan malam secara berkumpulan.

Melaka ini popular sebagai lokasi pelancongan, jadi kami membantu para pelancong yang hadir ke Melaka mudah untuk mencari jamuan makan malam yang boleh menampung tempahan berkumpulan.


Kami sasarkan epada kumpulan pelancong yang datang ke Melaka untuk menjalankan aktiviti Family Day, Konvoi Motosikal ataupun kereta, dan juga rombongan murid-murid sekolah mahupun pelajar universiti.

Untuk pertanyaan lanjut tentang buffet malam minggu ISDA ini, boleh ubungi kami dengan tekan link di bawah ini.

www.wassap.my/0108825750/Buffet_Malam_Minggu_ISDA

www.wassap.my/0182880239/Buffet_Malam_Minggu_ISDA

Buffet Malam Minggu ISDA ini kami akan buka pada pra tempahan sahaja. Tiada walk in akan kami ambil.


Buffet Malam Minggu ISDA ini akan diadakan di Dewan Anjung ISDA, di Taman Teknologi Cheng (Kawasan Melaka Tengah). Berdekatan dengan landmark yang senang untuk anda cari iaitu berdekatan Pasaraya NSK Cheng.

Buffet Malam Minggu ISDA ini kami akan buka pada hari Jumaat & Sabtu Sahaja. Hari-hari lain tertakluk pada tempahan minima 50pax

0 comments:

Post a Comment