Majlis perkahwinan yang dilangsungkan di rumah kebiasaannya sama sahaja dengan majlis perkahwinan di dewan.
Kalau ada perbezaan pun ia ada sedikit sahaja bergantung pada persembahan apa yang ada.
LANTIK SEORANG FLOOR MANAGER
Untuk aturcara majlis perkahwinan di rumah nie, kalau boleh lantik seorang yang khas untuk aturkan majlis ini.
Kalau nak harap pengantin yang atur ataupun mak ayah pengantin yang atur, besar kemungkinan akan kelam kabut.
Floor Manager boleh jadi rakan pengantin ataupun adik beradik pengantin. Yang penting, sebagai Floor Manager, dia harus tahu mengawal situasi majlis. Jika ada pengalaman lagi bagus.
Jika tiada individu yang layak untuk menjadi Floor Manager, Sebaik-baiknya pilih pakej perkahwinan yang ada sekali khidmat mengkordinasi aturcara majlis.
PENGACARA ATAU DJ MEMAINKAN TUGAS PENTING
Nak tahu mereka berpengalaman atau tidak? Tanya cara mengaturkan majlis.
Lebih bagus jika anda dah pernah lihat cara Pengacara Majlis atau DJ itu beraksi mengatur majlis perkahwinan rakan atau saudara mara anda.
Aturcara Majlis Perkahwinan di Rumah
Aturcara biasa untuk majlis perkahwinan di rumah adalah seperti berikut:
Untuk majlis di rumah, ada 2 pilihan, keluarga rombongan masuk dengan pengantin atau rombongan masuk dulu dan duduk di meja yang telah disediakan.
Jika majlis di hotel-hotel atau dewan-dewan besar, mereka akan bawa rombongan masuk terlebih dahulu. Kemudian baru pengantin di bawa masuk.
Memang akan berlaku kesesakan jika rombongan berarak sekali dengan pengantin. Terutamanya jika rombongan yang datang sangat ramai iaitu melebihi 30 orang.
Ditambah pula kesesakan dari tetamu majlis yang datang pada waktu puncak.
MULAKAN ACARA BESAR MAJLIS PERKAHWINAN
1. Berarak dari turun kereta atau tempat menunggu sehingga Pintu Gerbang. - Berarak diiringi Paluan Kompang live, Kompang Audio atau Bagpipe atau lain-lain
2. Berarak dari pintu gerbang ke pelamin (Ada Pengantin yang terus berarak ke Pelamin) - Menggunakan lagu tema cinta, Selawat, Audio Gamelan, Gamelan Live atau main kompang terus ke Pelamin
3. Bersanding di atas pelamin.
4. Bacaan Doa - Sebaiknya wakil tuan rumah jemput Imam atau Ustaz dari kalangan kenalan untuk membaca Doa. Ia lebih dekat dan Insha Allah lebih berkat.
5. Aturcara Merenjis diiringi paluan kompang - Sekarang dah kurang orang buat aturcara merenjis nie. Kami di ISDA Catering tukar kepada Acara Salam Restu. Tiada lagi tabur-tabur beras dan bunga rampai.
6. Makan Beradab - Masukkan persembahan jika ada.
7. Potong kek - Jangan lupa pilih lagi romatik yang jadi simbolik cinta anda dan minta DJ mainkan semasa potong kek. Memang indah saat ini.
8. Sesi bergambar - Masa ini, jurugambar dan DJ / Pengacara Majlis akan saling berkomunikasi untuk menyusun aturan orang yang akan bergambar.
9. Sesi bebas dan beramah mesra bersama tetamu.
10. Acara Outdoor Photography
Semasa bersanding dan selepas bacaan doa, jika ada sebarang persembahan seperti silat atau tarian, bolehlah persembahkan ketika ini, sebelum acara merenjis.
ATURCARA BOLEH DIUBAH MENGIKUT KESESUAIAN
Untuk majlis di dalam dewan juga ada 2 pilihan kepada pengantin untuk berarak. Samaada pengantin lelaki dan perempuan berarak turun kereta bersama atau pengantin perempuan menunggu pengantin lelaki di khemah.
Kemudian baru berarak bersama. Pilihan bergantung pada tradisi keluarga, tradisi masyarakat atau kehendak anda sendiri.
Aturcara ini adalah aturcara yang biasa saya aturkan untuk majlis yang kami kelolakan di majlis-majlis kami ISDA Catering & Wedding Planner.
Jika anda ingin ubah mengikut citarasa anda pun boleh. Tapi inilah aturcara terbaik yang mudah dan teratur untuk diuruskan.
Jika ada pertanyaan boleh tinggalkan di ruang komen atau boleh email ke isdacatering@gmail.com
Sebarang pertanyaan tak dikenakan cas. Jangan risau. Kalau nak free lagi khidmat koordinasi aturcara majlis, ambil pakej perkahwinan dengan kami di ISDA Catering & Wedding Planner. PM jika ada sebarang pertanyaan.
Insha Allah kami akan koordinasikan majlis anda selancar yang mungkin.
TESTIMONI IBU PENGANTIN YANG PUAS HATI DENGAN KHIDMAT KAMI
Senang cerita, semua bolehlah. PM jer ke FB ISDA Catering & Wedding Planner atau komen di entry ini.

No comments:
Post a Comment