September 2019 ~ ISDA Catering & Wedding Planner (LLP0009189-LGN)

Pakej Wedding Planner DEWAN

Klik Gambar untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pakej Lengkap Dewan.

Kek Pengantin 2 atau 3 Tingkat

Kek Pengantin ISDA

Tuesday, 24 September 2019

SUSUNAN ATURCARA MAJLIS AKAD NIKAH & BERSANDING PADA HARI YANG SAMA.

15:15 , , 3 comments


Sudah menjadi pilihan ramai acara akad nikah dan acara bersanding dilangsungkan pada hari yang sama.

Paginya bernikah, kemudian tengah harinya terus bersanding. Ataupun petang nikah, malam bersanding. Pun boleh juga.

Untuk nikah & sanding hari yang sama ini ada 2 pilihan.

1. Akad Nikah & Sanding di lokasi yang sama.
- Nikah Sanding Di rumah, ataupun Nikah Sanding di dewan.

2. Nikah & Sanding di lokasi berbeza.
- Nikah di Masjid/Surau, Sanding di Rumah/Dewan.


Untuk kedua-dua pilihan ini, aturcaranya lebih kurang sama, cuma perlukan sedikit susunan masa yang berlainan.

Ini contoh susunan aturcara Nikah & Sanding di lokasi yang sama.

7.00 pagi - Persiapan Make Up (Mandi, Bersarapan DLL)
7.30 pagi - Mula Sesi Make Up.
9.00 pagi - Selesai Sesi Make Up.
9.15 pagi - Ketibaan Pengantin Lelaki dan rombongan.
9.30 pagi - Ketibaan Tok Kadi & Saksi.
9.40 pagi - Acara Akad Nikah dimulakan.
10.00 pagi - Akad Nikah Selesai - Acara Sarung Cincin atau sebagainya dimulakan.
10.30 pagi - Jamuan ringan. Pengantin buat Sesi Bergambar sikit.
                     Rombongan pulang ke Homestay/Hotel
11.00 pagi - Pengantin Perempuan & Lelaki bersiap untuk acara bersanding.
12.30 petang - Ketibaan dan Perarakan masuk pengantin.
12.40 petang - Sanding
12.45 petang - Bacaan Doa
12.50 petang - Salam Restu / Merenjis (Jika Ada)
1.00 petang - Makan Beradab
1.30 petang - Potong kek (Jika Ada)
1.40 petang - Sesi Bergambar Bersama Keluarga, Saudara Mara dan Rakan
dan seterusnya hingga tamat majlis pada jam 4.00 petang.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang KOORDINASI ATURCARA MAJLIS PERKAHWINAN ini, boleh hubungi ISDA Catering & Wedding Planner. Kepakaran kami adalah pakej lengkap perkahwinan berserta khidmat mengkordinasikan aturcara majlis perkahwinan

Iklan:
Jika inginkan Pakej Katering atau Pakej Perkahwinan yang disediakan sekali khidmat koordinasi aturcara majlis, klik ke sini:

Friday, 13 September 2019

LAGU GAMELAN UNTUK PERALIHAN DARI ACARA SANDING KE MAKAN BERADAB

03:15 , 0 comments

Untuk susunan acara majlis yang baik, pemilihan lagu atau muzik latar juga sangat penting. Untuk kebanyakkan majlis kelolaan kami ISDA Catering, kami akan mainkan muzik Gamelan ketika peralihan aturcara Bersanding ke Makan Beradab.

Jika ada pasukan Gamelan, lagi bagus. Jika tiada, pasang sahaja muzik Gamelan sebagai latar belakang.

Tapi perlu diingat, jika majlis anda berkonsepkan English, tak sesuailah jika pilih muzik Gamelan. Kenalah pilih muzik lain. Mungkin boleh pilih muzik instrumental.

Ok. Ini adalah alunan Gamelan yang sentiasa menjadi pilihan kami untuk peralihan dari Acara Sanding ke Makan Beradab. Selamat mencuba untuk majlis anda ya.

Friday, 6 September 2019

PROMOSI SEPTEMBER 2019 ISDA CATERING

15:13 , , , 6 comments

Seperti biasa, promosi bulanan ISDA Catering akan berubah-ubah setiap bulan. Untuk bulan September ini, Promosi kami berupa Pakej Lengkap Perkahwinan ISDA hanya RM16,900.00 sahaja.

Untuk harga ini, pakej termasuk sekali:

1. Pakej Fotografi
2. Pakej Katering 1000pax
3. Peralatan Dewan atau Peralatan Kanopi
4. Pelamin Sanding Dewan atau Kanopi Bersaiz 20kaki Lebar
5. Persalinan Sanding
6. Make Up Sanding
7. PA Sistem dan DJ Bertugas
8. Pelayan Berseragam
9. Hidangan Pengantin
10. Koordinator Majlis

Untuk butiran lebih lengkap Pakej Promosi September ISDA Catering, boleh rujuk gambar pakej di bawah ini:


Untuk tempahan atau pertanyaan lanjut, hubungi kami terus ke:

0173028209 - Puan Meeme
0182554752 - Cik Atieka