Pakej Lengkap Dewan Anjung ISDA Melaka, Pakej Katering Perkahwinan, Andaman, Kanopi dan Dewan, Fotografi, Katering Jamuan Seminar, Launching dan Wedding Planner.
Pages
▼
Pages
▼
Wednesday, 24 July 2019
KOMUNIKASI YANG JELAS AKAN MELANCARKAN PERJALANAN MAJLIS PERKAHWINAN.
KOMUNIKASI.
Untuk apa sahaja acara atau aktiviti yang melibatkan kerja berkumpulan, komunikasi yang jelas antara ahli kumpulan adalah AMAT PENTING.
Begitu juga dengan Acara Majlis Perkahwinan. Komunikasi yang jelas antara semua pihak sangat penting bagi melancarkan perjalanan majlis.
Untuk memastikan majlis yang dirancang akan berjalan lancar, Tuan Rumah, Pengantin, Katerer, Wedding Planner dan juga Pengacara Majlis perlu berkomunikasi dengan jelas.
Komunikasi yang jelas ini perlu bermula dari awal perbincangan, sehinggalah tamatnya majlis.
Hasil dari Komunikasi yang jelas, Semua pihak akan sentiasa up to date dengan situasi semasa.
Ini sangat penting dalam menguruskan sesebuah majlis perkahwinan kerana kita merancang, Allah yang maha menentukan.
Segala perubahan semasa majlis perlu diberitahu kepada semua pihak yang terlibat supaya keputusan dapat dibuat dengan cepat.
Sebagai contoh, dalam aturcara majlis yang sudah dirancang, pengantin akan berarak dan disandingkan pada jam 12.30 petang.
Tetapi disebabkan kesesakan lalu lintas, trafik jammed, maka aturcara bersanding perlu dianjakkan.
Semua info ini perlu disampaikan kepada wedding planner dan juga pengacara majlis supaya mereka dapat membuat perubahan dari segi susunan acara majlis.
Ataupun mereka boleh berbuat sesuatu supaya situasi dapat dikawal dengan baik tanpa menjejaskan acara yang lain.
Wedding Planner dan pengacara majlis yang berpengalaman pasti sudah biasa dengan situasi begini. Jadi, sampaikan info kepada mereka dan mereka akan uruskan dengan sebaiknya tanpa menjejaskan perjalanan majlis.
No comments:
Post a Comment