Ditambah pula dengan suasana hari raya yang sinonim dengan amalan ziarah menziarahi, memang ngamlah jika nak buat Jamuan Rumah Terbuka Hari Raya nie.
Tapi, sebelum nak buat rumah terbuka, kena rancang baik-baik.
Ini admin kongsikan 6 Perkara Yang Anda Kena Buat Sebelum Buat Rumah Terbuka Hari Raya.
1. Senaraikan segala keperluan untuk buat rumah terbuka.
Kena buat Senarai Dulu. Kalau tak buat senarai, memang huru-hara nanti. Ada jer barang yang tak cukup. Dah nak kena berulang alik pergi ke kedai. Banyak masa terbuang tu.
Antara senarai yang perlu ada adalah senarai menu nak dihidangkan, senarai bahan untuk memasak, senarai peralatan untuk menyaji makanan, senarai kelengkapan untuk menerima tetamu seperti khemah atau kerusi dan meja tambahan, dan juga senarai jemputan yang nak dijemput.
Anggaran jemputan nie agak penting supaya makanan yang dihidangkan nanti mencukupi atau tidak berlebihan.
2. Tempah Khemah (Jika Perlu).
Perlukan khemah atau tak? Berdasarkan senarai yang dah buat kat atas tu, bolehlah kita tahu nak sewa khemah ataupun tidak.
Jika ruang di garaj rumah tu luas, tak perlu sewa khemah, sewa jer kerusi dan meja. Jika perlu sewaan khemah, sebaiknya buat tempahan awal supaya orang khemah boleh ambil tempahan anda. Kalau lambat tempah, takut dah penuh pula.
3. Buat Pembelian Bahan Mentah Untuk Memasak.
Ok, ini part yang paling memenatkan. Lebih-lebih lagi kalau membeli di musim perayaan nie. Mesti ramai orang dan kena beratur panjang untuk buat pembayaran.
Tapi apa boleh buat? Dah musim, layankan jerla.
4. Masak Mengikut Menu Yang Ditetapkan.
Sebaiknya pilih jer 3 - 5 menu hari raya. Selebihnya, hidang kuih raya jer.
Melainkan anda ada ramai pembantu, bolehlah masak pelbagai menu seperti lemang, ketupat, rendang dan banyak lagilah menu hari raya. Hmmmm.
Melainkan anda ada ramai pembantu, bolehlah masak pelbagai menu seperti lemang, ketupat, rendang dan banyak lagilah menu hari raya. Hmmmm.
Tak ada idea nak sajikan menu apa? Boleh tengok-tengok di sini MENU HARI RAYA
5. Sajikan Dan Tunggu Tetamu Tiba.
Susun cantik-cantik dan teratur supaya nampak menyelerakan dan mudah tetamu ambil.
Lepas siap sajikan, anda pun apa lagi, kenalah bersiap juga untuk menerima kedatangan tetamu.
6. Kemas Rumah.
Kemas segala kecelaruan akibat memasak pelbagai menu hari raya. Tadi tak sempat kemas sebab lepas sajikan, tetamu terus datang tanpa henti. Memang sah tak sempat nak mengemas.
Bila dah tutup pintu lepas tetamu terakhir balik, barulah sempat nak kemas. Itupun dengan tenaga yang tinggal 10% - 20%. Atau mungkin tinggal 5% jer. Hehehe.
Yang dah pernah buat pasti faham kepenatannyakan?
Inilah dia 6 Persediaan Nak Buat Rumah Terbuka yang anda buat sendiri. Memang tak berapa susah nak buat, tetapi sebenarnya agak susah nak buat jika anda tak ada tenaga bantuan.
Jika adik beradik ramai yang ringan tulang, itu OK, jika anda sendiri yang membuat semua kerja, memang memenatkan.
Jika anda taknak penat tapi tetap nak buat Jamuan Rumah Terbuka Hari Raya, kami di ISDA Catering ada pakej khas hari raya untuk anda. PAKEJ KATERING RUMAH TERBUKA AIDILFITRI
Memang setiap tahun kami membantu tuan rumah menyediakan juadah hari raya untuk tetamu mereka.
Untuk pertanyaan Pakej Katering Hari Raya, boleh terus hubungi kami melalui talian di bawah.
PAKEJ KATERING HARI RAYA SELANGOR DAN KL - 0173028209 - Puan Meeme
PAKEJ KATERING HARI RAYA MELAKA - 0182554752 - Cik Atieka
Kini, Taman Desa Jaya, Kepong adalah satu berita yang sangat buruk kerana salah seorang ahli politik melakukan kerja kotor di Kuil Buddha dan membawa sistem politik bermain di kuil sehingga ahli masyarakat lari dan presiden Kuil ini (Samnak Sambodhi). ) ialah Datuk Yip Kum Fook yang merupakan bekas pengerusi MCA di Taman Daya , Kepong dan pengerusi MCA Gombak
ReplyDeleteLelaki ini (Datuk Yip Kum Fook, MCA Gombak) selalu menelefon polis untuk menangkap sami Buddha dan menutup pintu Kaabah untuk tidak membenarkan sami Buddha masuk untuk menginap, semua sami Buddha terpaksa menyewa hotel untuk seketika...Mr Tan dan Kelemahan Encik Wah pada hari itu, pasukannya, samseng dan dua anggota polis datang mengganggu Ven. Phra Piyadhamma (Pulau Pinang atau bekas CID dari Singapura)
Sejak kejadian itu, ramai penganut meninggalkan kuil kerana di kuil mereka melakukan perkara yang tidak baik, kini jawatankuasa mengambil sami Buddha Myanmar untuk berkhidmat kerana mereka tidak mengambil berat tentang masalah Kuil sebelum ini atau Datuk Yip Kum Fook...ini seorang yang sangat kotor kerana dia boleh menipu semua orang
Kini Datuk Yip Kum Fook dan pasukannya akan menderita dan terluka kerana ramai yang tahu apa yang berlaku...ada yang tidak suka Datuk Yip Kum Fook dan dia akan tahu apakah dosa terbesar dalam agama Buddha?
Dikongsi oleh Ah Wah, Selayang Jaya
diterjemahkan oleh Dr Choy, Subang...