May 2019 ~ ISDA Catering & Wedding Planner (LLP0009189-LGN)

Pakej Wedding Planner DEWAN

Klik Gambar untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pakej Lengkap Dewan.

Kek Pengantin 2 atau 3 Tingkat

Kek Pengantin ISDA

Thursday, 23 May 2019

PANDUAN ASAS MERANCANG MAJLIS PERKAHWINAN (HARI MAJLIS)

17:39 , , 0 comments

Merancang majlis perkahwinan memang rumit. Lebih-lebih lagi kalau anda atau keluarga anda tiada pengalaman. Maklumlah, anak sulung. Semestinya tiada pengalaman mengurus dan merancang majlis perkahwinan.

Sebenarnya tak rumit nak merancang majlis perkahwinan kalau anda ada duit yang cukup. Nak senang, upah jer Wedding Planner. Atau ambil pakej yang terus ada khidmat Wedding Planner.


Segala perancangan Wedding Planner akan selesaikan. Tapi, walau dah upah Wedding Planner, anda perlu tahu sedikit sebanyak untuk mengelakkan anda ditipu atau tertipu.

Jika anda nak merancang perkahwinan anda sendiri adalah lebih baik anda sediakan Checklist/senarai semak keperluan majlis perkahwinan anda sendiri. Checklist ini untuk pastikan anda tidak tertinggal perkara yang penting.

Mulakan Checklist dengan membahagi kepada 2 kategori. PENTING dan KURANG PENTING. Perkara penting ini maksudnya perkara yang perlu ada untuk memastikan majlis berjalan lancar. Kalau tak ada perkara penting ini, majlis anda akan kelihatan cacat.

Manakala perkara kurang penting ini, jika tak ada dalam majlis anda pun ia takkan menjejaskan perjalanan majlis perkahwinan anda nanti.

Sumber Gambar: ISDA Catering & Wedding Planner


Perkara yang terletak dalam kategori PENTING UNTUK MAJLIS KAHWIN adalah seperti:
1. Makanan (Katering atau Rewang)
2. Andaman (Persalinan dan Pelamin) - (Kurang penting jika anda lebih kepada Islamik)
3. Dewan (Beserta Kelengkapan Dewannya) atau Kanopi (Untuk Majlis di rumah atau taman)
4. Kad Jemputan
5. Door Gift
6. Lokasi Majlis (Dewan atau Di Rumah)
7. Sistem Audio (PA Sistem)

5 Perkara ini antara item yang PENTING bagi memastikan kelancaran majlis anda. Anda perlu tekankan lebih kepada 5 perkara PENTING di atas. Tak kirala berapa pun bajet anda itu tidak penting. Tak semestinya anda perlu membazir untuk melancarkan majlis anda. Yang penting semua yang PENTING ada.

Perkara yang terletak dalam kategori KURANG PENTING UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN adalah:
1. Persembahan (Kompang, Silat, Tarian atau Gamelan mahupun Live Band)
2. Candy Buffet
3. Photo Booth
4. Bertukar-tukar persalinan
5. Photografi
6. Ustaz Pembaca Doa

Sumber: Pasukan Kompang ISDA Catering KL

6 Perkara ini adalah KURANG PENTING, tetapi ia bergantung kepada individu dan bergantung pada BAJET individu juga.

Sekarang kita pergi kepada perkara TERPENTING semasa majlis anda berlangsung, iaitu penyusunan aturcara majlis. Walau sebajet mana sekalipun anda, pasti anda inginkan kelancaran di majlis anda nantikan? Anda pasti inginkan majlis anda berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Untuk pastikan kelancaran majlis persandingan anda, rancang aturcara sebaik mungkin. Sediakan seorang ketua di majlis anda nanti yang akan bertindak sebagai Floor Manager. Beliau akan berhubung dengan semua yang terlibat agar majlis anda lancar dan teratur.

Sebelum majlis tersebut, pastikan anda rancang aktiviti di majlis perkahwinan anda dengan terancang. Seperti contoh di bawah:

Jam 1.30 petang - Sanding

Jam 1.35 petang - Bacaan Doa

Jam 1.40 petang - Acara Merenjis

Jam 2.00 petang - Majlis Makan Beradab

Jam 2.30 petang - Majlis Memotong kek/pulut kuning (Jika Ada)

Jam 2.45 petang - Sesi Beramah Mesra Bersama Tetamu

Jam 3.00 petang - Sesi Bergambar Bersama Keluarga, Saudara Mara dan Rakan

dan seterusnya hingga tamat majlis pada jam 4.00 - 5.00 petang.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang KOORDINASI ATURCARA MAJLIS PERKAHWINAN ini, boleh hubungi ISDA Catering & Wedding Planner. Kepakaran mereka adalah pakej lengkap perkahwinan berserta khidmat mengkordinasikan aturcara majlis perkahwinan

Iklan:
Jika inginkan Pakej Katering atau Pakej Perkahwinan yang disediakan sekali khidmat koordinasi aturcara majlis, klik ke sini:

 "Pakej Perkahwinan - Percuma Khidmat Koordinasi Aturcara Majlis - SELANGOR & KL"

"Pakej Lengkap Perkahwinan - Percuma Khidmat Wedding Planning - MELAKA, MUAR & N.SEMBILAN"

Untuk dapatkan lebih banyak tips, boleh juga layari Blog Tips Perkahwinan

Monday, 20 May 2019

6 Perkara Anda Perlu Lakukan Untuk Buat Rumah Terbuka Hari Raya

16:10 , , , , 1 comment


Musim Raya nie, memang seronok dapat menjamu saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai.

Ditambah pula dengan suasana hari raya yang sinonim dengan amalan ziarah menziarahi, memang ngamlah jika nak buat Jamuan Rumah Terbuka Hari Raya nie.

Tapi, sebelum nak buat rumah terbuka, kena rancang baik-baik.

Ini admin kongsikan 6 Perkara Yang Anda Kena Buat Sebelum Buat Rumah Terbuka Hari Raya.

1. Senaraikan segala keperluan untuk buat rumah terbuka.

Kena buat Senarai Dulu. Kalau tak buat senarai, memang huru-hara nanti. Ada jer barang yang tak cukup. Dah nak kena berulang alik pergi ke kedai. Banyak masa terbuang tu.

Antara senarai yang perlu ada adalah senarai menu nak dihidangkan, senarai bahan untuk memasak, senarai peralatan untuk menyaji makanan, senarai kelengkapan untuk menerima tetamu seperti khemah atau kerusi dan meja tambahan, dan juga senarai jemputan yang nak dijemput.

Anggaran jemputan nie agak penting supaya makanan yang dihidangkan nanti mencukupi atau tidak berlebihan.

2. Tempah Khemah (Jika Perlu).

Perlukan khemah atau tak? Berdasarkan senarai yang dah buat kat atas tu, bolehlah kita tahu nak sewa khemah ataupun tidak.

Jika ruang di garaj rumah tu luas, tak perlu sewa khemah, sewa jer kerusi dan meja. Jika perlu sewaan khemah, sebaiknya buat tempahan awal supaya orang khemah boleh ambil tempahan anda. Kalau lambat tempah, takut dah penuh pula.

3. Buat Pembelian Bahan Mentah Untuk Memasak.

Ok, ini part yang paling memenatkan. Lebih-lebih lagi kalau membeli di musim perayaan nie. Mesti ramai orang dan kena beratur panjang untuk buat pembayaran.

Tapi apa boleh buat? Dah musim, layankan jerla.

4. Masak Mengikut Menu Yang Ditetapkan.


Berapa Menu ya nak buat? Kalau ikutkan buku resepi, 10 menu pun tak cukup nie.
Sebaiknya pilih jer 3 - 5 menu hari raya. Selebihnya, hidang kuih raya jer.

Melainkan anda ada ramai pembantu, bolehlah masak pelbagai menu seperti lemang, ketupat, rendang dan banyak lagilah menu hari raya. Hmmmm.

Tak ada idea nak sajikan menu apa? Boleh tengok-tengok di sini MENU HARI RAYA

5. Sajikan Dan Tunggu Tetamu Tiba.

Susun cantik-cantik dan teratur supaya nampak menyelerakan dan mudah tetamu ambil.

Lepas siap sajikan, anda pun apa lagi, kenalah bersiap juga untuk menerima kedatangan tetamu.

6. Kemas Rumah.

Kemas segala kecelaruan akibat memasak pelbagai menu hari raya. Tadi tak sempat kemas sebab lepas sajikan, tetamu terus datang tanpa henti. Memang sah tak sempat nak mengemas.

Bila dah tutup pintu lepas tetamu terakhir balik, barulah sempat nak kemas. Itupun dengan tenaga yang tinggal 10% - 20%. Atau mungkin tinggal 5% jer. Hehehe.

Yang dah pernah buat pasti faham kepenatannyakan?

Inilah dia 6 Persediaan Nak Buat Rumah Terbuka yang anda buat sendiri. Memang tak berapa susah nak buat, tetapi sebenarnya agak susah nak buat jika anda tak ada tenaga bantuan.

Jika adik beradik ramai yang ringan tulang, itu OK, jika anda sendiri yang membuat semua kerja, memang memenatkan.

Jika anda taknak penat tapi tetap nak buat Jamuan Rumah Terbuka Hari Raya, kami di ISDA Catering ada pakej khas hari raya untuk anda. PAKEJ KATERING RUMAH TERBUKA AIDILFITRI


Memang setiap tahun kami membantu tuan rumah menyediakan juadah hari raya untuk tetamu mereka.

Untuk pertanyaan Pakej Katering Hari Raya, boleh terus hubungi kami melalui talian di bawah.

PAKEJ KATERING HARI RAYA SELANGOR DAN KL - 0173028209 - Puan Meeme
PAKEJ KATERING HARI RAYA MELAKA - 0182554752 - Cik Atieka

TERIMA KASIH JIRAN SEBELAH.

01:33 , 1 comment


Umum mengetahui, kalau nak buat majlis perkahwinan di rumah, tolak ansur jiran sangat penting, terutamanya jenis rumah taman.

Jika tiada tolak ansur jiran tetangga, pasti urusan melangsungkan majlis perkahwinan anda akan menjadi sangat rumit.

Untuk mendapat jiran tetangga yang bertolak ansur, kita sendiri pun haruslah bertolak ansur terlebih dahulu.

Bak kata orang putih "What You Give, You Get Back"

Oleh itu, untuk memastikan jiran tetangga akan bekerjasama dan bertolak ansur ketika majlis anda, anda perlulah terlebih dahulu bertolak ansur jika ada jiran membuat majlis juga.

Jiran nie sangat penting peranannya, walaupun anda guna khidmat Katering, tak guna cara rewang, peranan jiran tetap penting.

Penting dari segi kerjasama parking kereta sebelum, semasa dan selepas majlis.

Kalau ada jiran yang tak beri kerjasama, sebagai contoh, nak pasang khemah, tapi jiran tak mahu alihkan kereta mereka, pasti khemah tu tak dapat di pasang.

Itu baru bab khemah. Belum bab tetamu nak parking semasa majlis berlangsung.

Jika jiran jenis kekwat, mahu berpuluh kali abang DJ kena buat pengumuman supaya alihkan kereta. Pitam abang DJ tu nanti.

Lagi 1, ini pun penting juga. Walaupun menggunakan Katering, tiada kawasan untuk memasak diperlukan, tetapi tetap perlukan kawasan untuk penyediaan makanan.

Jika berjiran dengan orang yang baik dan bertolak ansur, pasti mereka akan meminjamkan ruang garaj kereta mereka untuk dijadikan ruang penyediaan makanan bagi pihak Katering.

Oleh itu, berterima kasihlah pada jiran yang baik hati dan bertolak ansur.

TERIMA KASIH JIRAN

Tetapi, Jika anda rasa, anda tidak memiliki jiran yang bertolak ansur, admin sarankan supaya buatlah majlis perkahwinan anda atau anak anda di Dewan.

Mudah segala urusan dari awal persiapan, hinggalah selesai majlis.

Jika anda nak buat majlis di Melaka, admin ada satu dewan yang menarik untuk anda.

CLASSIQUE - FUNCTION AND WEDDING HALL MELAKA.


Friday, 17 May 2019

KIRAAN KASAR KOS BUAT MAJLIS KAHWIN DI DEWAN VS BUAT DI RUMAH

18:10 7 comments

NAK BUAT MAJLIS DI DEWAN KE RUMAH?

Sering menjadi kebuntuan buat ramai pasangan pengantin yang ingin mendirikan rumahtangga nak memilih antara Buat Majlis di Dewan atau Buat Majlis di Rumah.

Kebanyakkan bakal pengantin beranggapan bahawa Kos Buat Majlis di Dewan itu tinggi kerana kena sewa dewan berbanding Kos Buat Majlis di Rumah yang tak perlu sewa tapak rumah.

Ia ada betulnya dan ada salahnya jika membuat perbandingan sebegitu. Memang kos sewaan tapak rumah tiada, tetapi kos menyewa peralatan dan kelengkapan untuk membuat majlis di rumah lebih kurang sahaja kosnya dengan kos sewaan dewan.




JOM KIRA ANGGARAN KOS DAN BANDINGKAN.

Kita ambil contoh kiraan menyewa Dewan + Peralatan Dewan dengan kiraan Sewaan Khemah/Kanopi untuk jemputan 1,000 orang tetamu.

Kiraan Kos Majlis Di Dewan:
Sewa Dewan Beraircond + Kerusi Meja (25 Set Meja) = RM3,000.00 (Anggaran Kasar)


Kiraan Kos Majlis di Khemah/Kanopi:
Untuk 1000pax, anggaran kiraan selesa, perlu 7 - 8 Set Khemah. Dalam pengiraan ini kita kira berdasarkan 7 Khemah.

- 1 Khemah Untuk Pelamin - RM600
- 1 Khemah Untuk Makan Pengantin - RM600
- 4 Khemah Tetamu (Dapat 16 Meja Bulat) - RM1,400
- 1 Khemah Untuk Bufet - RM350

Jumlahnya RM2,950.00

Penjimatan dalam RM50, tetapi jika majlis di dewan, kita akan dapat meja dan kerusi yang lebih iaitu 25 meja dan 250 kerusi dan sangat bersesuaian untuk majlis dengan kehadiran 1,000 orang tetamu.

Kesimpulannya, kos buat majlis di dewan memang akan tinggi sikit berbanding buat majlis di rumah, tetapi kita akan dapat banyak kelebihan jika buat majlis di dewan berbanding majlis di rumah.

Selepas ini kita akan kupas pula kelebihan dan kekurangan buat majlis di rumah atau di dewan.

Tulisan ini admin kongsikan berdasarkan pengalaman admin sebelum ini sebagai Wedding Planner dan Wedding Koordinator bagi ISDA Catering & Wedding Planner dan ISDA Catering Melaka.

Dan juga sebagai Caterer yang juga Wedding Planner dan Wedding Koordinator yang mempunyai dewan/venue majlis perkahwinan kami sendiri di bawah jenama Anjung ISDA - Wedding & Event Venue Melaka.

Jika anda nak buat majlis di negeri Melaka dengan jemputan kurang dari 500orang, boleh survey pakej Lengkap Termasuk Dewan/Venue kami yang terletak di Taman Teknologi Cheng, Melaka.

Boleh klik link ini untuk terus ke FB Anjung ISDA - Wedding &Event Venue Melaka

Tuesday, 14 May 2019

PROMOSI ISDA CATERING BAGI BULAN MEI 2019 - PERCUMA PELAMIN ATAU KAMBING GOLEK

16:42 , 1 comment


PROMOSI BULANAN ISDA CATERING bagi bulan Mei 2019 adalah PROMOSI PELAMIN PERCUMA.

Rujuk pada gambar pakej di bawah ini bagi butiran lengkap pakej yang boleh ditempah, seterusnya melayakkan anda mendapat PELAMIN PERCUMA.


Untuk pertanyaan lanjut Pakej Promosi Mei ini, boleh whatsapp terus ke 0182880239 atau tekan link berikut - Nak Promosi Mei ISDA

Di bawah ini pula, kami lampirkan sekali gambar contoh Pelamin yang boleh dipilih dalam Promosi ini.

GAMBAR PELAMIN ISDA UNTUK PROMOSI PELAMIN PERCUMA.

Untuk Pakej Promosi Pelamin PERCUMA ini, Saiz Pelamin untuk Dewan dan Kanopi adalah 20kaki Lebar, 13 kaki tinggi.
.







Jika anda dah tempah PELAMIN dengan Bridal, tak jadi masalah. Kami beri alternatif kedua iaitu KAMBING GOLEH PERCUMA.



Ini dia butiran lengkap Pakej yang anda kena tempah bagi melayakkan anda mendapat PROMOSI ini.


Monday, 13 May 2019

PAKEJ MOREH ISDA

15:21 0 comments

Selain dari Pakej Katering Berbuka Puasa, kami di ISDA Catering turut menawarkan Pakej untuk MOREH. Iaitu makanan ringan selepas bersolat Terawih.

Ada 3 Pakej Moreh yang kami buatkan khas untuk bakal pelanggan. 3 Pakej ini boleh didapati pada gambar di bawah ini:

PAKEJ MOREH ISDA CATERING



Wednesday, 8 May 2019

PAKEJ KATERING AQIQAH RAYA 2019

17:01 , , 0 comments


Raya tahun ini rancang nak buat Majlis Rumah Terbuka?
.
Nak buat sekali majlis Aqiqah untuk anak yang baru lahir?
.
Ini dia Pakej Khas kami cipta untuk kena dengan keadaan anda.
.
Pakej Katering Aqiqah + Raya 2019.
.
Apa yang anda akan dapat dalam Pakej Katering Aqiqah Raya ini?
.
Anda akan dapat Katering Untuk Rumah Terbuka seperti rendang, nasi impit dan lain-lain.


Anda juga akan dapat Kambing Aqiqah ISDA yang dihidang sebagai Kambing Golek untuk menjamu tetamu rumah terbuka anda.
.
Untuk butiran lebih lengkap, boleh rujuk gambar pakej di bawah ini ya.


Inilah butiran Pakej yang anda akan dapat. Harganya sangat berbaloi untuk anda bayar.
.
Untuk kambing Aqiqah, ia ada 2 pilihan. Anda boleh pilih untuk 1 ekor atau 2 ekor bergantung pada anak lelaki atau anak perempuan dan juga bajet kewangan anda.


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi kami terus ke no 0173028209 - Puan Meeme atau tekan link berikut untuk terus Whatsapp - Whatsapp Puan Meeme