Pages

Pages

Saturday, 12 January 2019

10 Ciri Lelaki Kiriman Tuhan Untuk Dijadikan Suami.


Admin pun tak pasti betul atau tidak ciri-ciri ini sebab setiap wanita ada keinginan masing-masing.

Lain wanita, lain citarasa mereka. Begitu juga dengan latarbelakang kehidupan.

Sebagai contoh, wanita di luar bandar dengan wanita di bandar besar, ciri lelaki idaman mereka pastinya berlainan.

Begitu juga dengan perbezaan tahap sosio ekonomi.

Contoh, wanita tak bekerjaya vs wanita bekerjaya. Pastinya ciri lelaki idaman mereka berbeza.

Jadi, ciri-ciri yang admin kongsikan ini hanyalah sebagai panduan untuk anda ya. Tepat atau tidak, bergantung pada citarasa masing-masing.

1. Tidak Panas Baran dan Tidak Mudah Melenting.

Tak perlu nak dihuraikan dengan lebih panjang. Pastinya 100% wanita tidak suka dengan lelaki yang ada sikap panas baran ini.

Sebab apa? Sebabnya, wanita kan insan yang suka pada kelembutan, belaian. Bukan kekerasan atau kekasaran.

2. Berpegang Teguh Pada Ajaran Agama.

Dalam apa pegangan agama sekalipun, jika seseorang itu menuruti pegangan agama mereka, Insha Allah mereka akan menjadi dambaan wanita seagama mereka.

Tapi kalau sebaliknya, admin tak pastilah nak cakap macam mana. Mungkin 1 dalam sejuta agaknya.๐Ÿ˜…

3. Ada Nilai Kekeluargaan

Selepas berkahwin, pastinya anda akan membina keluarga. Jika sebelum berkahwin, pasangan anda tu lelaki yang bersikap mementingkan keluarga, Insha Allah selepas berkahwin mereka akan terus mementingkan nilai kekeluargaan.

4. Tiada Ketaksuban Terhadap Kereta Mahupun Motorsikal

Taksub dengan minat nie lain tau. Taksub nie terlampau minat. Bahaya jika terlalu taksub.

Boleh mengakibatkan konflik selepas berkahwin nanti.

5. Berpenampilan Sederhana Tanpa Mengira Jenama.

Ini ciri yang tak berapa relevan bagi sesetengah wanita kerana memang ada wanita yang memang sukakan lelaki yang bergaya, menjaga penampilan dan sama waktu dengannya.

Tak jadi masalah jika berkemampuan. Yang jadi masalah bila prinsip ini dipegang. Prinsip 'Biar Papa, Asal Bergaya'.

Jika prinsip bergayanya seperti ini, larilah jauh-jauh.

6. Tidak Merokok

Merokok memang membahayakan kesihatan. Kepada si perokok dan orang sekelilingnya.

Terutamanya kanak-kanak. Jadi, fikirkanlah wahai si pencinta orang yang merokok.

Suruhlah mereka berhenti.

7. Tidak Tergila-gilakan Gajet Canggih

Gajet ada bermacam gajet sekarang nie. Salah satunya adalah Hanphone. Jika setiap kali keluar model baru nak beli, memang rabakla kan?

8.Tidak Suka Lepak Kedai Hipster

Jika sesekali melepak, okla. Tapi kalau tiap-tiap hari, memang susahlah anda dikemudian hari.

Melainkan anda pun jenis kaki kedai Hipster juga. Bolehlah kalau macam tu. Sama-sama kaki kedai hipster. Memang ngam.

9. Banyak Membaca Buku Yang Berciri Pelaburan atau Motivasi.

Ciri ini sangat rare. Tapi kalau tak dapat yang ada ciri begini pun tak apa sebab ia terhad. Limited bak kata orang putih.

Tak kahwin pulak anda nanti kalau terus mencari lelaki yang ada ciri ini.

10. Ada Simpanan dan Pelaburan Terjamin

Ini pun ciri yang rare jugak. Jika dah dapat, simpan dan jaga baik-baik.

Sumber: Pesona Pengantin

1 comment:

  1. Between 1996 and 2008, online ์นด์ง€๋…ธ gaming operations had been launched into most international locations with governments growing laws and laws because the business grew making certain truthful operation and secure transactions. In 1998, online gaming income worldwide totaled underneath 1 billion Euros. Fast forward twenty-five years, and recent estimates of online gambling progress foresee the market price over 65 billion Euros by 2023. Sometimes would possibly be} supplied holds, which in theory will increase your possibilities.

    ReplyDelete