2019 ~ ISDA Catering & Wedding Planner (LLP0009189-LGN)

Pakej Wedding Planner DEWAN

Klik Gambar untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pakej Lengkap Dewan.

Kek Pengantin 2 atau 3 Tingkat

Kek Pengantin ISDA

Saturday, 26 October 2019

Food Tasting Mingguan ISDA Catering Melaka.

20:36 , 0 comments

Setiap minggu kami di ISDA Catering Melaka akan mengadakan Sesi Food Tasting secara PERCUMA untuk bakal pelanggan ISDA.
.
Pengumuman mingguan akan dibuat di Post ini dan boleh rujuk gambar di bawah untuk butiran lanjut.



Kenapa kena datang Food Tasting sebelum menempah pakej?

Food Tasting (Uji Rasa Makanan).
.
✔️ Food Tasting bukan sekadar merasa makanan sahaja, tetapi ia merangkumi perbincangan terus bersama bakal wedding planner atau wedding koordinator anda.
.
✔️ Penerangan pakej secara berhadapan akan memberi kefahaman yang berbeza berbanding penerangan melalui WhatsApp.
.
✔️ Dengan penerangan secara bersemuka juga akan memberi bakal pengantin keyakinan sebelum membuat pilihan.
.
✔️ Masa jumpa, bakal pengantin akan berpeluang mengajukan terus persoalan yang bermain diminda anda.
.
🔹Kenapa harga macam tu?
🔹Kenapa pakej macam nie?
🔹Apa yang tak ada dalam Pakej nie?
🔹Apa yang ada dalam Pakej nie?
🔹Berapa Kad kena tempah?
🔹Berapa jemputan kena jemput jika tempah Katering 1,000 pax?
🔹Dan macam-macam lagi lah persoalan yang boleh diajukan secara terus.
.
✔️ Tanya jer, terus dapat jawapan. Kan senang tu.
.
Jadi, inilah sebabnya kena datang Food Tasting sebelum menempah.
.
Untuk pertanyaan lanjut tentang Sesi Food Tasting ISDA, boleh whatsapp terus ke 0182554752 - Cik Atieka atau 0173028209 - Puan Meeme.

Tuesday, 24 September 2019

SUSUNAN ATURCARA MAJLIS AKAD NIKAH & BERSANDING PADA HARI YANG SAMA.

15:15 , , 3 comments


Sudah menjadi pilihan ramai acara akad nikah dan acara bersanding dilangsungkan pada hari yang sama.

Paginya bernikah, kemudian tengah harinya terus bersanding. Ataupun petang nikah, malam bersanding. Pun boleh juga.

Untuk nikah & sanding hari yang sama ini ada 2 pilihan.

1. Akad Nikah & Sanding di lokasi yang sama.
- Nikah Sanding Di rumah, ataupun Nikah Sanding di dewan.

2. Nikah & Sanding di lokasi berbeza.
- Nikah di Masjid/Surau, Sanding di Rumah/Dewan.


Untuk kedua-dua pilihan ini, aturcaranya lebih kurang sama, cuma perlukan sedikit susunan masa yang berlainan.

Ini contoh susunan aturcara Nikah & Sanding di lokasi yang sama.

7.00 pagi - Persiapan Make Up (Mandi, Bersarapan DLL)
7.30 pagi - Mula Sesi Make Up.
9.00 pagi - Selesai Sesi Make Up.
9.15 pagi - Ketibaan Pengantin Lelaki dan rombongan.
9.30 pagi - Ketibaan Tok Kadi & Saksi.
9.40 pagi - Acara Akad Nikah dimulakan.
10.00 pagi - Akad Nikah Selesai - Acara Sarung Cincin atau sebagainya dimulakan.
10.30 pagi - Jamuan ringan. Pengantin buat Sesi Bergambar sikit.
                     Rombongan pulang ke Homestay/Hotel
11.00 pagi - Pengantin Perempuan & Lelaki bersiap untuk acara bersanding.
12.30 petang - Ketibaan dan Perarakan masuk pengantin.
12.40 petang - Sanding
12.45 petang - Bacaan Doa
12.50 petang - Salam Restu / Merenjis (Jika Ada)
1.00 petang - Makan Beradab
1.30 petang - Potong kek (Jika Ada)
1.40 petang - Sesi Bergambar Bersama Keluarga, Saudara Mara dan Rakan
dan seterusnya hingga tamat majlis pada jam 4.00 petang.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang KOORDINASI ATURCARA MAJLIS PERKAHWINAN ini, boleh hubungi ISDA Catering & Wedding Planner. Kepakaran kami adalah pakej lengkap perkahwinan berserta khidmat mengkordinasikan aturcara majlis perkahwinan

Iklan:
Jika inginkan Pakej Katering atau Pakej Perkahwinan yang disediakan sekali khidmat koordinasi aturcara majlis, klik ke sini:

Friday, 13 September 2019

LAGU GAMELAN UNTUK PERALIHAN DARI ACARA SANDING KE MAKAN BERADAB

03:15 , 0 comments

Untuk susunan acara majlis yang baik, pemilihan lagu atau muzik latar juga sangat penting. Untuk kebanyakkan majlis kelolaan kami ISDA Catering, kami akan mainkan muzik Gamelan ketika peralihan aturcara Bersanding ke Makan Beradab.

Jika ada pasukan Gamelan, lagi bagus. Jika tiada, pasang sahaja muzik Gamelan sebagai latar belakang.

Tapi perlu diingat, jika majlis anda berkonsepkan English, tak sesuailah jika pilih muzik Gamelan. Kenalah pilih muzik lain. Mungkin boleh pilih muzik instrumental.

Ok. Ini adalah alunan Gamelan yang sentiasa menjadi pilihan kami untuk peralihan dari Acara Sanding ke Makan Beradab. Selamat mencuba untuk majlis anda ya.

Friday, 6 September 2019

PROMOSI SEPTEMBER 2019 ISDA CATERING

15:13 , , , 6 comments

Seperti biasa, promosi bulanan ISDA Catering akan berubah-ubah setiap bulan. Untuk bulan September ini, Promosi kami berupa Pakej Lengkap Perkahwinan ISDA hanya RM16,900.00 sahaja.

Untuk harga ini, pakej termasuk sekali:

1. Pakej Fotografi
2. Pakej Katering 1000pax
3. Peralatan Dewan atau Peralatan Kanopi
4. Pelamin Sanding Dewan atau Kanopi Bersaiz 20kaki Lebar
5. Persalinan Sanding
6. Make Up Sanding
7. PA Sistem dan DJ Bertugas
8. Pelayan Berseragam
9. Hidangan Pengantin
10. Koordinator Majlis

Untuk butiran lebih lengkap Pakej Promosi September ISDA Catering, boleh rujuk gambar pakej di bawah ini:


Untuk tempahan atau pertanyaan lanjut, hubungi kami terus ke:

0173028209 - Puan Meeme
0182554752 - Cik Atieka

Wednesday, 24 July 2019

10 SENARAI DEWAN PERKAHWINAN DI MELAKA

19:45 2 comments

Melangsungkan majlis perkahwinan di dewan sudah semakin menjadi pilihan ramai. Tak kurang juga orang Melaka.

Orang Melaka semakin ramai yang memilih untuk melangsungkan majlis perkahwinan di Dewan berbanding di Rumah.

Mungkin disebabkan kos membuat majlis perkahwinan di ewan tak banyak bezanya berbanding buat majlis di rumah.

Oleh itu, di post ini admin akan kongsikan 10 Dewan Di Melaka Yang Sesuai Untuk Buat Majlis Perkahwinan.

1. ANJUNG ISDA - WEDDING & EVENT HALL, MELAKA

Dewan/Venue Majlis ini terletak di Taman Teknologi Cheng, Melaka. Landmarknya bersebelahan dengan NSK Cheng..

Jika buat majlis di dewan ini, memang mudah nak bagi hala tuju atau boleh juga terus "share location" Anjung ISDA ini.




Anjung ISDA ini sesuai untuk majlis yang berkapasiti kurang dari 500 orang tetamu. Jika lebih dari 500 orang tetamu jemputan, kena pilih dewan lain yang lebih besar.

Untuk majlis berkonsepkan Buffet, Anjung ISDA ini boleh menampung tetamu jemputan sehingga 500 orang untuk satu majlis.

Pakej Anjung ISDA ini sangat menarik dan berbaloi kerana pakej untuk 200pax hanya RM5499.00 sahaja manakala pakej untuk 500pax hanya RM8,499.00

Untuk pertanyaan lanjut tentang dewan ini, boleh terus ke Laman Facebook mereka di FACEBOOK ANJUNG ISDA -WEDDING & EVENT VENUE MELAKA atau whatsapp terus melalui link ini - www.wassap.my/0177893369/NakPakej_AnjungISDA_2022




2. DEWAN MBMB TAMING SARI, AYER KEROH

Antara dewan MBMB yang menjadi pilihan ramai untuk melangsungkan majlis perkahwinan.

Dewan ini poleh memuatkan sehingga 40 meja bulat 10 pax untu konsep hidangan buffet.

Dewan ini juga mempunyai pentas yang luas dan amat sesuai untuk majlis dengan dekorasi pelamin yang GRAND.


Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh terus ke Pejabat MBMB di Ayer Keroh atau layari laman sesawang MBMB.

3. DEWAN BESTARI, AYER KEROH, MELAKA


4. DEWAN KOMPLEKS PENJARA, SUNGAI UDANG, MELAKA.


5. DEWAN MBMB PAYA RUMPUT PERDANA, PAYA RUMPUT, MELAKA.


6. DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN CINA, MASJID TANAH MELAKA.


7. DEWAN IPK, BUKIT BERUANG, MELAKA



8. DEWAN BALLROOM STADIUM HANG JEBAT, MELAKA



9. DEWAN IPG DURIAN DAUN, MELAKA.



10. DEWAN CITRA KASIH, AYER KEROH, MELAKA.


Antara Dewan besar yang ada di Melaka yang boleh menampung sehingga 1,000 orang tetamu dalam 1 masa (100 meja bulat) untuk berkonsepkan Dome.


KOMUNIKASI YANG JELAS AKAN MELANCARKAN PERJALANAN MAJLIS PERKAHWINAN.

17:48 0 comments


KOMUNIKASI.

Untuk apa sahaja acara atau aktiviti yang melibatkan kerja berkumpulan, komunikasi yang jelas antara ahli kumpulan adalah AMAT PENTING.

Begitu juga dengan Acara Majlis Perkahwinan. Komunikasi yang jelas antara semua pihak sangat penting bagi melancarkan perjalanan majlis.

Untuk memastikan majlis yang dirancang akan berjalan lancar, Tuan Rumah, Pengantin, Katerer, Wedding Planner dan juga Pengacara Majlis perlu berkomunikasi dengan jelas.


Komunikasi yang jelas ini perlu bermula dari awal perbincangan, sehinggalah tamatnya majlis.

Hasil dari Komunikasi yang jelas, Semua pihak akan sentiasa up to date dengan situasi semasa.

Ini sangat penting dalam menguruskan sesebuah majlis perkahwinan kerana kita merancang, Allah yang maha menentukan.


Segala perubahan semasa majlis perlu diberitahu kepada semua pihak yang terlibat supaya keputusan dapat dibuat dengan cepat.

Sebagai contoh, dalam aturcara majlis yang sudah dirancang, pengantin akan berarak dan disandingkan pada jam 12.30 petang.

Tetapi disebabkan kesesakan lalu lintas, trafik jammed, maka aturcara bersanding perlu dianjakkan.

Semua info ini perlu disampaikan kepada wedding planner dan juga pengacara majlis supaya mereka dapat membuat perubahan dari segi susunan acara majlis.

Ataupun mereka boleh berbuat sesuatu supaya situasi dapat dikawal dengan baik tanpa menjejaskan acara yang lain.

Wedding Planner dan pengacara majlis yang berpengalaman pasti sudah biasa dengan situasi begini. Jadi, sampaikan info kepada mereka dan mereka akan uruskan dengan sebaiknya tanpa menjejaskan perjalanan majlis.

Friday, 19 July 2019

TARIKH HOT UNTUK MELANGSUNGKAN MAJLIS PERKAHWINAN PADA TAHUN 2020

11:49 , , 1 comment

Seperti biasa, setiap tahun, ramai bakal pengantin akan memilih tarikh cantik dan istimewa untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka.

Ada yang memilih tarikh cantik seperti 12.12.12 dan sebagainya. Ada juga yang memilih tarikh istimewa seperti tarikh cuti umum atau tarikh hari kelahiran mereka.

Di artikel ini, kami akan kongsikan Tarikh Menarik, Cantik dan HOT untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun 2020.

Untuk kesemua tarikh ini, ia sekadar nombor yang cantik dan ia jatuh pada hari Sabtu atau Ahad. Tiada kena mengena dengan kepercayaan karut atau nombor bertuah.

Jom pilih Tarikh Cantik Tahun 2020 Untuk Dijadikan Hari Perkahwinan Anda.

Bulan 2 tahun 2020 ada 2 tarikh yang cantik.



Dua tarikh ini masih sempat anda pilih kerana ada lebih kurang 6 bulan lagi untuk anda buat persiapan majlis.

Untuk bulan Mac, tiada tarikh yang cantik sangat, ada 1 sahaja tarikh cantik iaitu 22.3.2020 yang jatuh pada hari Ahad.

Pada bulan April ini, tarikh 04.04.2020 adalah tarikh yang cantik untuk langsungkan majlis perkahwinan. Tarikh ini adalah antara tarikh terakhir yang boleh anda pilih sebelum bermulanya bulan Ramadan dan Raya Aidilfitri.

Bulan Jun tarikh 06.06.2020 antara tarikh yang anda pilih. Masa nie dah lepas musim Perayaan Aidilfitri nie. Sangat sesuai untuk anda pilih.

Tarikh selebihnya anda boleh lihat senarai di bawah ini.

Inilah dia Tarikh-Tarikh HOT untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun 2020. Jika anda berminat nak langsungkan majlis pada tarikh-tarikh ini, tempah cepat kerana pastinya ramai akan melangsungkan majlis pada tarikh ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Pakej ISDA Catering, boleh terus layari laman Facebook kami di link tertera di bawah ini:

ISDA Catering KL & Selangor : 
www.facebook.com/isdacatering
Whatsapp Terus Ke 0182880239

ISDA Catering Melaka / Muar / N.Sembilan : 
www.facebook.com/isdacateringmelaka
Whatsapp Terus Ke 0182880239

Monday, 17 June 2019

PAKEJ KATERING RAYA MELAKA

20:23 , 0 comments



Assalamualaikum,

Selain dari katering untuk majlis perkahwinan dan korporat, pihak Kami, ISDA Catering turut menyediakan PAKEJ KATERING RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA.

Untuk orang KL, Selangor dan Negeri Sembilan, boleh lihat pakej di sini: PAKEJ KATERING RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KL, Selangor dan Negeri Sembilan.

Kami menjual secara pakej untuk memudahkan tuan rumah membuat persediaan. Antara PAKEJ KATERING RUMAH TERBUKA HARI RAYA MELAKA yang kami tawarkan adalah seperti berikut.



Pakej A - Katering Sahaja - Minima 100pax (RM11.90 per pax)
Nasi Impit + Kuah kacang + Kuah Lontong
Rendang Ayam
Bihun/Mee Sup
Air Kordial Campuran
Peralatan Sajian (Set Buffet Tray, Pinggan & Gelas pakai bua)

**Pakej Hantar Sahaja

Pakej B - Katering Sahaja - Minima 50pax (RM13.90 per pax)
Nasi himpit + kuah kacang + Kuah Lontong
Lemang
Rendang Ayam
Bihun Sup @ Laksa @ Mee Kari
Buah-buahan
Air Kordial Campuran
Peralatan Sajian (Set Buffet Tray, Pinggan & Gelas Pakai Buang)

**Pakej Hantar Sahaja

Pakej C - Katering Sahaja - Minima 50pax (RM19.90 per pax)
Nasi himpit + kuah kacang
Lemang
Rendang Daging atau Ayam
Bihun Sup @ Laksa @ Mee Kari
Roti Jala dan Kari @ 2 Jenis Kuih Muih Melayu
Agar-Agar @ Kek Coklat
Teh tarik atau Kopi O
Air Kordial Campuran
Peralatan Sajian (Pinggan, Gelas, Set Buffet Tray)

Pakej D - Katering Sahaja - Minima 50pax (RM20.90 per pax)
Nasi himpit + kuah kacang
Rendang Daging atau Ayam
Nasi Tomato @ Nasi Beryani Basmathi
Ayam Masak Merah @ Goreng Berempah
Daging Masak Hitam
Dalca Sayur
Acar Buah @ Jelatah
Papedom
2 jenis kuih
Buah-buahan
Air Kordial Caampuran
Peralatan Sajian (Pinggan, Gelas, Set Buffet Tray)

Pakej E - Katering dan Khemah Arabian - Minima 100pax (RM29.90 per pax)
Nasi himpit + kuah kacang
Rendang Daging atau Ayam
Laksa @ Mee Kari
Roti Jala dan Kari @ 2 Jenis Kuih Muih Melayu
Agar-Agar @ Kek Coklat
Cendol
Teh tarik dan Kopi O
Air Kordial Campuran
Peralatan Sajian (Pinggan, Gelas, Set Buffet Tray)
Pelayan Berseragam

2 Unit Kanopi Piramid Berscallop
8 Meja Bulat 10 pax atau 10 Meja Bulat 8 pax Beralas.
80 Kerusi Plastik Bersarung dan Riben.
1 Set Meja Buffet Berskirting.

Pakej F - Katering dan Khemah Arabian - Minima 100pax (RM31.90 per pax)
Nasi himpit + kuah kacang
Rendang Daging atau Ayam
Nasi Tomato @ Nasi Beryani Basmathi
Ayam Masak Merah @ Goreng Berempah
Daging Masak Hitam
Dalca Sayur
Acar Buah @ Jelatah
Papedom
2 jenis kuih @ Kek Coklat
Buah-buahan
Air Kordial Campuran
Peralatan Sajian (Pinggan, Gelas, Set Buffet Tray)
Pelayan Berseragam

2 Unit Kanopi Piramid Berscallop
8 Meja Bulat 10 pax atau 10 Meja Bulat 8 pax Beralas.
80 Kerusi Plastik Bersarung dan Riben.
1 Set Meja Buffet Berskirting.

**Harga termasuk kos pengangkutan untuk kawasan Rawang, Selayang, Cheras, Kepong, Ampang, Petaling Jaya, Damansara, Shah Alam, Sungai Buloh, Setapak, Sentul, Putrajaya, Kuala Kubu Baru, Rasa, Batang Kali dan Subang, kos pengangkutan tambahan akan dikenakan jika di luar kawasan yang dinyatakan.

**Setiap pakej boleh disertakan dengan Pakej PA Sistem Promosi Aidilfitri dengan harga RM400 (Tanpa Karaoke) atau RM450 (Beserta set Karaoke).

**Disediakan juga khidmat Kambing Golek untuk tempahan di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anda dengan cas RM1100.00/ekor. Harga termasuk staff memanggang dan juga Coselow atau Salad.


Sebarang Tempahan dan pertanyaan boleh hubungi kami melalui email ke isdacatering@gmail.com atau terus hubungi:
010-435 6810 / 018-288 0239 (Call/SMS/Whatsapp/Telegram)


Thursday, 13 June 2019

PAKEJ KATERING JIMAT DAN MURAH

10:29 , 0 comments

Disebabkan ramai bakal pengantin yang bertanyakan tentang Pakej Ekonomi, ini dia Pakej Katering Ekonomi untuk bakal pengantin yang mempunyai bajet terhad untuk melangsungkan majlis perkahwinan.

Murah tak semestinya tak bagus atau berkualiti rendah. Harga pakej ini murah disebabkan perkara basic sahaja yang kami sediakan dalam pakej ini.


Ini pula Pakej Lengkap Ekonomi ISDA.
.


Untuk pertanyaan lanjut tentang pakej Katering Ekonomi atau Pakej Lengkap Ekonomi ini, boleh whatsapp terus ke 0173028209 - Puan Meeme atau tekan jer link berikut: Whatsapp ISDA.

Thursday, 23 May 2019

PANDUAN ASAS MERANCANG MAJLIS PERKAHWINAN (HARI MAJLIS)

17:39 , , 0 comments

Merancang majlis perkahwinan memang rumit. Lebih-lebih lagi kalau anda atau keluarga anda tiada pengalaman. Maklumlah, anak sulung. Semestinya tiada pengalaman mengurus dan merancang majlis perkahwinan.

Sebenarnya tak rumit nak merancang majlis perkahwinan kalau anda ada duit yang cukup. Nak senang, upah jer Wedding Planner. Atau ambil pakej yang terus ada khidmat Wedding Planner.


Segala perancangan Wedding Planner akan selesaikan. Tapi, walau dah upah Wedding Planner, anda perlu tahu sedikit sebanyak untuk mengelakkan anda ditipu atau tertipu.

Jika anda nak merancang perkahwinan anda sendiri adalah lebih baik anda sediakan Checklist/senarai semak keperluan majlis perkahwinan anda sendiri. Checklist ini untuk pastikan anda tidak tertinggal perkara yang penting.

Mulakan Checklist dengan membahagi kepada 2 kategori. PENTING dan KURANG PENTING. Perkara penting ini maksudnya perkara yang perlu ada untuk memastikan majlis berjalan lancar. Kalau tak ada perkara penting ini, majlis anda akan kelihatan cacat.

Manakala perkara kurang penting ini, jika tak ada dalam majlis anda pun ia takkan menjejaskan perjalanan majlis perkahwinan anda nanti.

Sumber Gambar: ISDA Catering & Wedding Planner


Perkara yang terletak dalam kategori PENTING UNTUK MAJLIS KAHWIN adalah seperti:
1. Makanan (Katering atau Rewang)
2. Andaman (Persalinan dan Pelamin) - (Kurang penting jika anda lebih kepada Islamik)
3. Dewan (Beserta Kelengkapan Dewannya) atau Kanopi (Untuk Majlis di rumah atau taman)
4. Kad Jemputan
5. Door Gift
6. Lokasi Majlis (Dewan atau Di Rumah)
7. Sistem Audio (PA Sistem)

5 Perkara ini antara item yang PENTING bagi memastikan kelancaran majlis anda. Anda perlu tekankan lebih kepada 5 perkara PENTING di atas. Tak kirala berapa pun bajet anda itu tidak penting. Tak semestinya anda perlu membazir untuk melancarkan majlis anda. Yang penting semua yang PENTING ada.

Perkara yang terletak dalam kategori KURANG PENTING UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN adalah:
1. Persembahan (Kompang, Silat, Tarian atau Gamelan mahupun Live Band)
2. Candy Buffet
3. Photo Booth
4. Bertukar-tukar persalinan
5. Photografi
6. Ustaz Pembaca Doa

Sumber: Pasukan Kompang ISDA Catering KL

6 Perkara ini adalah KURANG PENTING, tetapi ia bergantung kepada individu dan bergantung pada BAJET individu juga.

Sekarang kita pergi kepada perkara TERPENTING semasa majlis anda berlangsung, iaitu penyusunan aturcara majlis. Walau sebajet mana sekalipun anda, pasti anda inginkan kelancaran di majlis anda nantikan? Anda pasti inginkan majlis anda berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Untuk pastikan kelancaran majlis persandingan anda, rancang aturcara sebaik mungkin. Sediakan seorang ketua di majlis anda nanti yang akan bertindak sebagai Floor Manager. Beliau akan berhubung dengan semua yang terlibat agar majlis anda lancar dan teratur.

Sebelum majlis tersebut, pastikan anda rancang aktiviti di majlis perkahwinan anda dengan terancang. Seperti contoh di bawah:

Jam 1.30 petang - Sanding

Jam 1.35 petang - Bacaan Doa

Jam 1.40 petang - Acara Merenjis

Jam 2.00 petang - Majlis Makan Beradab

Jam 2.30 petang - Majlis Memotong kek/pulut kuning (Jika Ada)

Jam 2.45 petang - Sesi Beramah Mesra Bersama Tetamu

Jam 3.00 petang - Sesi Bergambar Bersama Keluarga, Saudara Mara dan Rakan

dan seterusnya hingga tamat majlis pada jam 4.00 - 5.00 petang.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang KOORDINASI ATURCARA MAJLIS PERKAHWINAN ini, boleh hubungi ISDA Catering & Wedding Planner. Kepakaran mereka adalah pakej lengkap perkahwinan berserta khidmat mengkordinasikan aturcara majlis perkahwinan

Iklan:
Jika inginkan Pakej Katering atau Pakej Perkahwinan yang disediakan sekali khidmat koordinasi aturcara majlis, klik ke sini:

 "Pakej Perkahwinan - Percuma Khidmat Koordinasi Aturcara Majlis - SELANGOR & KL"

"Pakej Lengkap Perkahwinan - Percuma Khidmat Wedding Planning - MELAKA, MUAR & N.SEMBILAN"

Untuk dapatkan lebih banyak tips, boleh juga layari Blog Tips Perkahwinan

Monday, 20 May 2019

6 Perkara Anda Perlu Lakukan Untuk Buat Rumah Terbuka Hari Raya

16:10 , , , , 1 comment


Musim Raya nie, memang seronok dapat menjamu saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai.

Ditambah pula dengan suasana hari raya yang sinonim dengan amalan ziarah menziarahi, memang ngamlah jika nak buat Jamuan Rumah Terbuka Hari Raya nie.

Tapi, sebelum nak buat rumah terbuka, kena rancang baik-baik.

Ini admin kongsikan 6 Perkara Yang Anda Kena Buat Sebelum Buat Rumah Terbuka Hari Raya.

1. Senaraikan segala keperluan untuk buat rumah terbuka.

Kena buat Senarai Dulu. Kalau tak buat senarai, memang huru-hara nanti. Ada jer barang yang tak cukup. Dah nak kena berulang alik pergi ke kedai. Banyak masa terbuang tu.

Antara senarai yang perlu ada adalah senarai menu nak dihidangkan, senarai bahan untuk memasak, senarai peralatan untuk menyaji makanan, senarai kelengkapan untuk menerima tetamu seperti khemah atau kerusi dan meja tambahan, dan juga senarai jemputan yang nak dijemput.

Anggaran jemputan nie agak penting supaya makanan yang dihidangkan nanti mencukupi atau tidak berlebihan.

2. Tempah Khemah (Jika Perlu).

Perlukan khemah atau tak? Berdasarkan senarai yang dah buat kat atas tu, bolehlah kita tahu nak sewa khemah ataupun tidak.

Jika ruang di garaj rumah tu luas, tak perlu sewa khemah, sewa jer kerusi dan meja. Jika perlu sewaan khemah, sebaiknya buat tempahan awal supaya orang khemah boleh ambil tempahan anda. Kalau lambat tempah, takut dah penuh pula.

3. Buat Pembelian Bahan Mentah Untuk Memasak.

Ok, ini part yang paling memenatkan. Lebih-lebih lagi kalau membeli di musim perayaan nie. Mesti ramai orang dan kena beratur panjang untuk buat pembayaran.

Tapi apa boleh buat? Dah musim, layankan jerla.

4. Masak Mengikut Menu Yang Ditetapkan.


Berapa Menu ya nak buat? Kalau ikutkan buku resepi, 10 menu pun tak cukup nie.
Sebaiknya pilih jer 3 - 5 menu hari raya. Selebihnya, hidang kuih raya jer.

Melainkan anda ada ramai pembantu, bolehlah masak pelbagai menu seperti lemang, ketupat, rendang dan banyak lagilah menu hari raya. Hmmmm.

Tak ada idea nak sajikan menu apa? Boleh tengok-tengok di sini MENU HARI RAYA

5. Sajikan Dan Tunggu Tetamu Tiba.

Susun cantik-cantik dan teratur supaya nampak menyelerakan dan mudah tetamu ambil.

Lepas siap sajikan, anda pun apa lagi, kenalah bersiap juga untuk menerima kedatangan tetamu.

6. Kemas Rumah.

Kemas segala kecelaruan akibat memasak pelbagai menu hari raya. Tadi tak sempat kemas sebab lepas sajikan, tetamu terus datang tanpa henti. Memang sah tak sempat nak mengemas.

Bila dah tutup pintu lepas tetamu terakhir balik, barulah sempat nak kemas. Itupun dengan tenaga yang tinggal 10% - 20%. Atau mungkin tinggal 5% jer. Hehehe.

Yang dah pernah buat pasti faham kepenatannyakan?

Inilah dia 6 Persediaan Nak Buat Rumah Terbuka yang anda buat sendiri. Memang tak berapa susah nak buat, tetapi sebenarnya agak susah nak buat jika anda tak ada tenaga bantuan.

Jika adik beradik ramai yang ringan tulang, itu OK, jika anda sendiri yang membuat semua kerja, memang memenatkan.

Jika anda taknak penat tapi tetap nak buat Jamuan Rumah Terbuka Hari Raya, kami di ISDA Catering ada pakej khas hari raya untuk anda. PAKEJ KATERING RUMAH TERBUKA AIDILFITRI


Memang setiap tahun kami membantu tuan rumah menyediakan juadah hari raya untuk tetamu mereka.

Untuk pertanyaan Pakej Katering Hari Raya, boleh terus hubungi kami melalui talian di bawah.

PAKEJ KATERING HARI RAYA SELANGOR DAN KL - 0173028209 - Puan Meeme
PAKEJ KATERING HARI RAYA MELAKA - 0182554752 - Cik Atieka

TERIMA KASIH JIRAN SEBELAH.

01:33 , 1 comment


Umum mengetahui, kalau nak buat majlis perkahwinan di rumah, tolak ansur jiran sangat penting, terutamanya jenis rumah taman.

Jika tiada tolak ansur jiran tetangga, pasti urusan melangsungkan majlis perkahwinan anda akan menjadi sangat rumit.

Untuk mendapat jiran tetangga yang bertolak ansur, kita sendiri pun haruslah bertolak ansur terlebih dahulu.

Bak kata orang putih "What You Give, You Get Back"

Oleh itu, untuk memastikan jiran tetangga akan bekerjasama dan bertolak ansur ketika majlis anda, anda perlulah terlebih dahulu bertolak ansur jika ada jiran membuat majlis juga.

Jiran nie sangat penting peranannya, walaupun anda guna khidmat Katering, tak guna cara rewang, peranan jiran tetap penting.

Penting dari segi kerjasama parking kereta sebelum, semasa dan selepas majlis.

Kalau ada jiran yang tak beri kerjasama, sebagai contoh, nak pasang khemah, tapi jiran tak mahu alihkan kereta mereka, pasti khemah tu tak dapat di pasang.

Itu baru bab khemah. Belum bab tetamu nak parking semasa majlis berlangsung.

Jika jiran jenis kekwat, mahu berpuluh kali abang DJ kena buat pengumuman supaya alihkan kereta. Pitam abang DJ tu nanti.

Lagi 1, ini pun penting juga. Walaupun menggunakan Katering, tiada kawasan untuk memasak diperlukan, tetapi tetap perlukan kawasan untuk penyediaan makanan.

Jika berjiran dengan orang yang baik dan bertolak ansur, pasti mereka akan meminjamkan ruang garaj kereta mereka untuk dijadikan ruang penyediaan makanan bagi pihak Katering.

Oleh itu, berterima kasihlah pada jiran yang baik hati dan bertolak ansur.

TERIMA KASIH JIRAN

Tetapi, Jika anda rasa, anda tidak memiliki jiran yang bertolak ansur, admin sarankan supaya buatlah majlis perkahwinan anda atau anak anda di Dewan.

Mudah segala urusan dari awal persiapan, hinggalah selesai majlis.

Jika anda nak buat majlis di Melaka, admin ada satu dewan yang menarik untuk anda.

CLASSIQUE - FUNCTION AND WEDDING HALL MELAKA.


Friday, 17 May 2019

KIRAAN KASAR KOS BUAT MAJLIS KAHWIN DI DEWAN VS BUAT DI RUMAH

18:10 7 comments

NAK BUAT MAJLIS DI DEWAN KE RUMAH?

Sering menjadi kebuntuan buat ramai pasangan pengantin yang ingin mendirikan rumahtangga nak memilih antara Buat Majlis di Dewan atau Buat Majlis di Rumah.

Kebanyakkan bakal pengantin beranggapan bahawa Kos Buat Majlis di Dewan itu tinggi kerana kena sewa dewan berbanding Kos Buat Majlis di Rumah yang tak perlu sewa tapak rumah.

Ia ada betulnya dan ada salahnya jika membuat perbandingan sebegitu. Memang kos sewaan tapak rumah tiada, tetapi kos menyewa peralatan dan kelengkapan untuk membuat majlis di rumah lebih kurang sahaja kosnya dengan kos sewaan dewan.




JOM KIRA ANGGARAN KOS DAN BANDINGKAN.

Kita ambil contoh kiraan menyewa Dewan + Peralatan Dewan dengan kiraan Sewaan Khemah/Kanopi untuk jemputan 1,000 orang tetamu.

Kiraan Kos Majlis Di Dewan:
Sewa Dewan Beraircond + Kerusi Meja (25 Set Meja) = RM3,000.00 (Anggaran Kasar)


Kiraan Kos Majlis di Khemah/Kanopi:
Untuk 1000pax, anggaran kiraan selesa, perlu 7 - 8 Set Khemah. Dalam pengiraan ini kita kira berdasarkan 7 Khemah.

- 1 Khemah Untuk Pelamin - RM600
- 1 Khemah Untuk Makan Pengantin - RM600
- 4 Khemah Tetamu (Dapat 16 Meja Bulat) - RM1,400
- 1 Khemah Untuk Bufet - RM350

Jumlahnya RM2,950.00

Penjimatan dalam RM50, tetapi jika majlis di dewan, kita akan dapat meja dan kerusi yang lebih iaitu 25 meja dan 250 kerusi dan sangat bersesuaian untuk majlis dengan kehadiran 1,000 orang tetamu.

Kesimpulannya, kos buat majlis di dewan memang akan tinggi sikit berbanding buat majlis di rumah, tetapi kita akan dapat banyak kelebihan jika buat majlis di dewan berbanding majlis di rumah.

Selepas ini kita akan kupas pula kelebihan dan kekurangan buat majlis di rumah atau di dewan.

Tulisan ini admin kongsikan berdasarkan pengalaman admin sebelum ini sebagai Wedding Planner dan Wedding Koordinator bagi ISDA Catering & Wedding Planner dan ISDA Catering Melaka.

Dan juga sebagai Caterer yang juga Wedding Planner dan Wedding Koordinator yang mempunyai dewan/venue majlis perkahwinan kami sendiri di bawah jenama Anjung ISDA - Wedding & Event Venue Melaka.

Jika anda nak buat majlis di negeri Melaka dengan jemputan kurang dari 500orang, boleh survey pakej Lengkap Termasuk Dewan/Venue kami yang terletak di Taman Teknologi Cheng, Melaka.

Boleh klik link ini untuk terus ke FB Anjung ISDA - Wedding &Event Venue Melaka

Tuesday, 14 May 2019

PROMOSI ISDA CATERING BAGI BULAN MEI 2019 - PERCUMA PELAMIN ATAU KAMBING GOLEK

16:42 , 1 comment


PROMOSI BULANAN ISDA CATERING bagi bulan Mei 2019 adalah PROMOSI PELAMIN PERCUMA.

Rujuk pada gambar pakej di bawah ini bagi butiran lengkap pakej yang boleh ditempah, seterusnya melayakkan anda mendapat PELAMIN PERCUMA.


Untuk pertanyaan lanjut Pakej Promosi Mei ini, boleh whatsapp terus ke 0182880239 atau tekan link berikut - Nak Promosi Mei ISDA

Di bawah ini pula, kami lampirkan sekali gambar contoh Pelamin yang boleh dipilih dalam Promosi ini.

GAMBAR PELAMIN ISDA UNTUK PROMOSI PELAMIN PERCUMA.

Untuk Pakej Promosi Pelamin PERCUMA ini, Saiz Pelamin untuk Dewan dan Kanopi adalah 20kaki Lebar, 13 kaki tinggi.
.







Jika anda dah tempah PELAMIN dengan Bridal, tak jadi masalah. Kami beri alternatif kedua iaitu KAMBING GOLEH PERCUMA.



Ini dia butiran lengkap Pakej yang anda kena tempah bagi melayakkan anda mendapat PROMOSI ini.