TIPS PEMILIHAN KEK UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN.
Terdapat 2 jenis finishing utama untuk kek pengantin. Yang pertama KEK FONDANT. Yang kedua adalah KEK KRIM.
Kek mana satu sesuai untuk majlis perkahwinan?
Ia bergantung pada lokasi majlis anda, di dalam dewan atau di rumah/kanopi.
Pemilihan juga bergantung pada acara majlis anda seperti nak potong kek di hadapan pelamin atau hadapan meja makan beradab.
Ini semua perlu diambil kira kerana ia akan menentukan LOKASI KEDUDUKAN KEK sepanjang majlis.
Kek Fondant memang kalis kedudukan kerana ia kek yang tahan lasak. Tahan CUIT kanak-kanak dan tahan cuaca panas.
Manakala KEK KRIM nie sangat sensitif. Kena Cuit dengan orang jer dah rosak. Hilang seri hiasannya bila terlalu panas.
Ini Contoh KEK FONDANT dalam PAKEJ ISDA CATERING
Ini pula contoh KEK KRIM untuk PAKEJ ISDA CATERING
Jadi, bagi kami di ISDA Catering, kami galakkan Pengantin memilih KEK FONDANT walaupun harganya lebih mahal berbanding KEK KRIM.
Kek Fondant juga kami galakkan untuk pilih kerana mudah untuk di bawa. Naik kereta pun mudah untuk diuruskan.
Kami di ISDA Catering memang menyediakan
KEK PERCUMA untuk pakej tertentu sebagai pelengkap majlis anda.