February 2015 ~ ISDA Catering & Wedding Planner (LLP0009189-LGN)

Pakej Wedding Planner DEWAN

Klik Gambar untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pakej Lengkap Dewan.

Kek Pengantin 2 atau 3 Tingkat

Kek Pengantin ISDA

Sunday, 1 February 2015

ATURCARA MAJLIS PERKAHWINAN TANPA BERSANDING

19:55 , 0 comments


Bersanding adalah salah satu acara yang utama dalan majlis perkahwinan.

Bagi ramai pengantin, takkan meriah sesebuah majlis perkahwinan itu jika tiada majlis persandingan di atas pelamin.

Tapi perkara ini sudah semakin berubah dan sudah semakin ramai pasangan pengantin memilih untuk tidak bersanding.




Ini adalah kerana ia lebih menjimatkan. Selain dari beberapa sebab tertentu.

Antara sebab lain, boleh rujuk di sini: Sebab majlis kahwin tak nak sanding.

Walau apa pun sebabnya, ia bergantung pada diri tuan punya majlis.

ATURCARA MAJLIS PERKAHWINAN TANPA BERSANDING

Di sini kita akan bincang apa aturcara majlis perkahwinan jika tidak mahu bersanding.

1. Ketibaan Pengantin - Sambutan dengan kompang live atau audio.

Jika nak meriah, gunalah pasukan kompang secara live. Pasti meriah dan akan bergema seluruh majlis anda dengan paluan kompang.

2. Berarak hingga ke meja makan beradab - ini adalah acara utama jika tidak bersanding.

3. Aturcara memotong kek - jika ada.

Kebiasaannya, jika tiada potong kek, pengantin akan tukar dengan acara memotong pulut kuning.

4. Sesi fotografi - boleh dilakukan di pelamin (jika ada), mini pelamin, meja makan beradab atau secara santai di meja tetamu.

5. Free & Easy atau sesi beramah mesra bersama tetamu.

** Jika tiada pelamin ( banyak jimat jika tiada pelamin) dinasihatkan agar sewa backdrop berhias untuk meja makan beradab.

Lepas habis makan, ia boleh dijadikan tempat bergambar bersama keluarga.

Iklan:

ISDA Catering & Wedding Planner ada menyediakan khidmat katering beserta koordinasi majlis sekali dan jika taknak bersanding, pihak ISDA Catering boleh menyediakan backdrop makan beradab secara percuma.

Hubungi mereka di laman Facebook Page mereka di ISDA Catering & Wedding Planner.

Selain kawasan Lembah Klang, ISDA Catering turut ada cawangan di Negeri Melaka yang memberi khidmat katering dan wedding planner untuk Negeri Melaka dan sekitarnya seperti Muar, Tangkak dan juga Negeri Sembilan. Ini laman FB nya - ISDA Catering Melaka